Sunday, 21 October 2012

:: WAHAi DiRi ::

Wahai diri . . . 
Jika memang kau mencintainya kerana Allah, Cintailah dia dengan cara yang benar. .Cintailah dia pada saat yang tepat. .

Ya Robbii . . .
Aku tak akan memaksakan diri hanya untuk sebuah perasaan, Jika dia memang jiwa yang telah Kau pilihkan untukku, berikanlah kami jalan dan petunjuk. .Jika dia memang takdir bagiku, pantaskanlah dia untukku dan pantaskanlah diriku untuknya. 

Ya Robbii . . .
Aku memilihnya kerana sebuah keyakinan. . Aku terima seluruh kelebihan dan kekurangannya. . Aku terima seluruh luka dan bahagia yang menyertai hidupnya. . Aku terima dirinya dengan seluruh apa yang telah Engkau berikan untuknya. . 

 Ya Robbii . . .
Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya. Jika ada sepuluh pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya. Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya. Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu. . Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari Mu. . Aku tidak akan memaksakan diriku untuk memilihnya. . Kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui. . Kerana Engkaulah yang Menciptakanku. . Kerana Engkaulah yang Memelihara diriku. . 

Ya Robbii . . .
Jika dengan menutup cinta ini yang menjadikan Mu Redha kepadaku. . Jika dengan mengorbankan perasaan ini Engkau menyelamatkanku. . Di saat manusia tergelincir dari jalan Mu. . Maka aku serahkan cinta ini untuk Mu. . Sebagai wujud bakti ku pada Mu .. Sebagai wujud syukurku pad Mu. .
  
Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qolbi ‘ala Diinika . . 
Aku yakin bahwa tidak ada Ketetapan Mu yang salah. . Aku yakin bahwa semua Kehendak Mu sangat terukur. . Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan. . Buatlah aku setia pada pilihan yang Kau berikan. . Buatlah aku menyayangi pada pilihan yang Kau amanahkan. . 

Ya Robbii . . . 
Dengan segala Kekuasaan Mu. . Dengan segala Kekuatan Mu. . Dengan segala Keagungan Mu. . Hamba mohon pada Mu, Kuatkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa sempit. . Tenangkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa berat. . Sesungguhnya hanya dengan Pertolongan Mu, diri ini bisa menjalani semua ketentuan Mu. .

Ya Robbii . . .
 buatlah diriku mencintai Mu lebih dari segala makhluk yang telah Engkau Ciptakan. . buatlah diriku mencintai Rosulullah, kerana Engkau pun mencintainya(Rosulullah). Inilah isi hatiku, inilah harapanku, inilah keyakinanku. . Aku tidak hanya mencintaimu. . Tapi aku ingin mencintaimu kerana Allah. . Aku ingin mencintaimu dengan cara yang benar. . Aku ingin Allah Redha dengan cinta ini. .  

Tak usah khuatir jika engkau adalah Qudrah dan Irodah Nya. .
 Kerana semuanya pasti akan terwujud, hanya waktu yang akan menjadi saksi kekuasaan Nya. . Tak usah memaksakan jika kau memang bukan untuk diriku. . Kerana pasti aku bukan yang TERBAIK untukmu. . Sehebat apapun cinta ini. . Tidak akan pernah bisa menyelamatkan kita, Saat matahari hanya satu hasta di atas ubun2 kita. .

Kerana yang terbaik adalah . . .
Kita menjaga perasaan dan keyakinan ini dengan sebersih-bersih ketauhidan. .Kita diwafatkan bersama hamba hamba yang berbakti. .Hamba-hamba yang mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya untuk Tuhannya. . Semoga Allah mempertemukan kita kembali disatu tempat, Dimana para abid melihat Robbiinya dengan penuh keredhaan dan kebahagiaan. . Kulakukan semua ini kerana 
"aku mencintaimu kerana Allah. .
Aamiin . . .

No comments:

Post a Comment